Perkahwinan Bawah Umur, Agama Dan Hak Asasi Manusia

Suatu Teka-Teki

Perkahwinan bawah umur adalah sah di Malaysia. Menurut Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (juga dikenali sebagai JKSM) dan Jabatan Pendaftaran Negara, sebanyak 10,807 perkahwinan-perkahwinan bawah umur telah didaftarkan bagi orang-orang beragama Islam dan sebanyak 4,999 telah didaftarkan bagi orang-orang bukan beragama Islam di antara tahun-tahun 2007 dan 2017. Amalan sedemikian berlaku kerana kedua-dua undang-undang sivil dan Syariah membenarkan perkahwinan bawah umur.

Undang-undang sivil yang mentadbir orang-orang bukan beragama Islam mentafsirkan “kanak-kanak” sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun: seksyen 2 Akta Umur Dewasa 1971 dan seksyen 2(1) Akta Kanak-Kanak 2001. Seksyen 10 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 memperuntukkan 18 tahun sebagai suatu umur minimum yang boleh berkahwin bagi kedua-dua jantina melainkan bahawa kanak-kanak perempuan berumur di antara 16 dan 18 tahun boleh berkahwin dengan suatu kebenaran Ketua Menteri negeri. Undang-undang keluarga Islam yang mentadbir orang-orang beragama Islam menetapkan umur-umur minimum 18 dan 16 tahun bagi lelaki dan perempuan, masing-masing. Pada 2018, negeri Selangor telah meminda undang-undangnya untuk meningkatkan umur minimum kepada 18 tahun bagi perempuan. Walaupun begitu, seseorang di bawah umur minimum masih boleh berkahwin dengan kelulusan mahkamah Syariah. Sebagai contoh, seorang budak perempuan berumur 15 tahun telah dikatakan bersetuju untuk berkahwin dengan seorang lelaki berusia tua berumur 44 tahun sementara budak-budak perempuan yang berumur 12 dan 13 tahun dalam dua keadaan yang lain. Dalam suatu kes pada tahun 2018 yang telah mencetuskan suatu teriakan awam, seorang lelaki berusia tua berumur 41 tahun telah disaman di bawah undang-undang Syariah kerana dia telah gagal untuk mendapatkan kelulusan mahkamah Syariah untuk berkahwin seorang budak perempuan berumur 11 tahun. Ekoran itu, Pemerintah Selangor telah memerintahkan bahawa umur minimum yang boleh berkahwin bagi lelaki dan perempuan beragama Islam ditetapkan pada 18 tahun. Bukan semua negeri-negeri telah mengikuti langkah ini, dan masih lagi terdapat penentangan walaupun Kerajaan pada tahun 2020 menerima pakai suatu Pelan Strategi Kebangsaan dalam Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur (PSKPBU) untuk tempoh lima tahun.

Mengapakah ia telah menjadi suatu cabaran bagi Malaysia untuk menggubal suatu pengharaman penuh perkahwinan-perkahwinan bawah umur, dan apakah hujahan-hujahan yang dibuat untuk menyokong dan menentang pengharaman tersebut?

Amalan-amalan keagamaan lawan kebajikan kanak-kanak

Segelintir orang telah menjustifikasikan perkahwinan bawah umur dari suatu perspektif keagamaan. Al-Quran telah dirujuk untuk menyokong kedudukan bahawa budak-budak perempuan adalah dianggap telah tercapai umur boleh berkahwin setelah dia mencapai akil baligh atau kematangan. Cendekiawan-cendekiawan beragama Islam yang telah mengguna pakai suatu pentafsiran yang sempit dalam agama Islam menuntut bahawa penetapan suatu umur bagi perkahwinan tidak mempunyai asas dalam tradisi Islam, dan anak-anak harus dibenarkan untuk berkahwin selepas mereka dianggap matang. Sebaliknya, Majlis Fakta Kebangsaan Malaysia, di dalam perbincangan berkenaan hal-hal ehwal agama Islam ke-106, menyatakan bahawa perkahwinan bawah umur tidak dianggap satu kewajipan keagamaan dan “telah menjelaskan bahawa perkahwinan antara Nabi Muhammad dan Aisha tidak boleh dan tidak harus digunakan sebagai justikifasi keagamaan bagi perkahwinan bawah umur”. Mufti negeri Pahang berpandangan bahawa ibubapa harus memastikan anak-anak mereka fokus dalam persekolahan daripada mengahwinkan mereka sebagai jalan untuk keluar dari kemiskinan. Beliau juga berkata bahawa jika penyatuan-penyatuan bawah umur adalah dikehendaki, ianya perlu dibenarkan oleh mahkamah Syariah dengan mengikuti garis-garis panduan dan prosedur-prosedur untuk memastikan ketiadaan penyalahgunaan.

Malangnya, kelulusan-kelulusan yang diberikan oleh hakim-hakim adalah secara tidak berpatutan tinggi. Berdasarkan atas suatu analisis fail-fail kes di mahkamah Syariah di tujuh negeri-negeri, hanya sepuluh permohonan-permohonan telah ditolak daripada keseluruhan 2143 kes. Dalam tahun 2012, 1022 daripada 1165 permohonan-permohonan telah diluluskan. Ia adalah suatu peningkatan dari tahun 2011 apabila sekitar 900 perkahwinan-perkahwinan melibatkan sekurang-kurannya seorang bawah umur beragama Islam telah diluluskan. Dalam tahun 2020, 451 daripada 692 pendaftaran-pendaftaran telah diluluskan. Ia adalah masih meragukan sama ada pemeriksaan wajib mahkamah Syariah telah memberikan perlindungan yang sangat diperlukan kepada kanak-kanak. Hakim-hakim mempertimbangkan pelbagai faktor-faktor untuk menerima atau menolak permohonan-permohonan perkahwinan. Penolakan boleh menyebabkan kepada aktiviti-aktiviti seksual pra-perkahwinan, pengguguran dan anak luar nikah yang banyak. Kelulusan-kelulusan mengalakkan kanak-kanak untuk berhenti pergi ke sekolah dan meningkatkan kes-kes keganasan rumah tangga dan perceraian. Dalam pelbagai keadaan, hakim-hakim berasa terikat dengan tanggungjawab untuk meluluskan permohonan-permohonan tersebut apabila mereka melihat bahawa keputusan tersebut adalah “kurang dari dua kejahatan”, memandangkan sebilangan budak perempuan sudah hamil. Secara pemerhatian, agama tidak memainkan suatu peranan yang penting dalam perkahwinan bawah umur kerana faktor-faktor “tolak” yang lain seperti kemiskinan, bimbingan ibubapa yang tidak mencukupi, dan kekurangan akses kepada pendidikan seksual dan kesihatan reproduktif. Ada kalanya, amalan tersebut menghalalkan perhubungan-perhubungan seksual antara budak perempuan bawah umur dan lelaki, dan untuk mengelakkan pendakwaan jenayah bagi kesalahan rogol berkanun. Atau untuk melindungi maruah keluarga apabila budak perempuan ditangkap terlibat dalam “aktikiti-aktiviti tidak bermoral” dan boleh didakwa kerana melakukan kesalahan-kesalahan agama Islam iaitu “khalwat” (berdua-duan secara intim). Dalam keadaan sedemikian, ibubapa memilih untuk mengahwinkan anak-anak mereka untuk mengurangkan rasa malu bahawa anak-anak perempuan mereka adalah “tidak murni” dan mengelakkan hukuman jenayah. Nilai-nilai tradisional dan budaya di sini memainkan suatu peranan. Sedikit, jika ada, pertimbangan-pertimbangan adalah diberi kepada kebajikan dan kepentingan terbaik anak itu.

Adakah perkahwinan bawah umur melanggar hak asasi manusia?

Dari suatu kanta undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, negara-negara harus memastikan bahawa umur minimum sah untuk berkawin bagi budak lelaki dan budak perempuan adalah termaktub, dengan atau tanpa keizinan ibubapa, pada 18 tahun. Dalam suatu cadangan umum bersama, Jawatankuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Penghapusan Diskriminasi terhadap Wanita dan Jawatankuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Kanak-Kanak (Jawatankuasa HKK) menyatakan berikut:

  1. The Committees recommend that the States parties to the Conventions adopt or amend legislation with a view to effectively addressing and eliminating harmful practices. In doing so, they should ensure:

(f) That a minimum legal age of marriage for girls and boys, with or without parental consent, is established at 18 years. When a marriage at an earlier age is allowed in exceptional circumstances, the absolute minimum age must not be below 16 years, the grounds for obtaining permission must be legitimate and strictly defined by law and the marriage must be permitted only by a court of law upon the full, free and informed consent of the child or both children, who must appear in person before the court; …

Dalam suatu nada yang sama, komen umum bersama tahun 2017 oleh Piagam Afrika mengenai Hak Asasi Manusia dan Penduduk dan Jawatankuasa Pakar Afrika Mengenai Hak dan Kesejahteraan Kanak-Kanak telah menetapkan bahawa negara-negara harus mengambil langkah-langkah perundangan untuk melarang perkahwinan bawah umur dan menyatakan bahawa umur minimum untuk berkahwin haruslah 18 tahun. Litigasi yang telah dimulakan oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan hak asasi manusia pada tahun 2018 di hadapan Mahkamah Afrika berkenaan Hak Asasi Manusia dan Penduduk  (MAHAMP) mengakibatkan dalam suatu penemuan bahawa undang-undang keluarga Republik Mali telah melanggar perjanjian hak asasi manusia. Di bawah undang-undang Mali, budak-budak lelaki dan perempuan boleh berkahwin seawal umur 15 tahun tertakluk kepada syarat-syarat. Selanjutnya, MAHAMP tidak bersetuju dengan negara tersebut yang memakai “undang-undang keagamaan dan adat berkenaan keizinan untuk berkahwin” yang meningkatkan risiko perkahwinan-perkahwinan secara paksa. Mali justeru telah diperintahkan untuk mengeluarkan amalan-amalan tradisional dan adat yang memudaratkan wanita dan kanak-kanak. Secara jelas, di bawah undang-undang hak asasi manusia, mengenakan suatu umur minimum yang boleh berkahwin tidak terjumlah kepada suatu penolakan hak untuk berkahwin, walaupun jika agama seseorang itu membenarkan perkahwinan pada umur yang muda. Kebebasan beragama tidak boleh ditegaskan untuk membenarkan perkahwinan bawah umur kerana ia bukan sekadar suatu bentuk ekspresi atau amalan kepercayaan dan agama, yang telah dilakukan sebelumnya. Ketidak pengiktirafan perkahwinan bawah umur tidak melanggar hak asasi manusia.

Badan-badan perjanjian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menilai rejim perundangan Malaysia mengenai isu perkahwinan bawah umur. Di dalam membuat kesimpulan pemerhatiannya pada tahun 2007, Jawatankuasa HKK telah mengambil perhatian perbezaan dalam undang-undang berkenaan bagaimana seorang “kanak-kanak” adalah ditafsir. Undang-undang sivil dan Syariah juga telah mentafsirkan umur minimum untuk berkahwin “secara tidak konsisten”. Kerajaan telah ditugaskan untuk “mengambil semua langkah-langkah yang perlu untuk mengharmonisasikan pentafsiran kanak-kanak, termasuk penggunaan peristilahan, di dalam undang-undang kebangsaan bagi tujuan untuk penghapuskan ketidakkonsistenan-ketidakkonsistenan dan percanggahan-percanggahan”. Ia adalah untuk mempercepatkan pembaharuan-pembaharuan undang-undang yang perlu. Selepas lebih daripada 14 tahun, harmonisasi perundangan yang dicadangkan tidak dijalankan, walaupun, pada tahun 2010, keraguan negara kepada artikel 16(2) Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (KPDW) melarang perkahwinan bawah umur telah disingkirkan. Tidak dinafikan, menilai dari ketidak persetujuan jelas oleh sesetengah negeri kepada perubahan umur yang boleh berkahwin, kehendak politik untuk mengakhiri perkahwinan bawah umur di Malaysia adalah berkurangan.

Kesimpulan

Perkahwinan bawah umur memberi impak secara mendalam kepada kehidupan, kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak. Remaja-remaja adalah dihalang daripada melanjutkan pelajaran mereka, menderita daripada peluang-peluang pekerjaan yang terhad dan berhadapan dengan risiko-risiko kematian dan ketidaksihatan ibu yang lebih tinggi. Seseorang tidak boleh menolak kemungkinan bahawa ramai kanak-kanak adalah tidak bersedia untuk perkahwinan mereka walaupun setelah mendapatkan kebenaran kehakiman. Kemiskinan, tekanan keluarga dan pandangan berasaskan agama berkenaan kemoralan terjumlah kepada perselindungan paksaan yang berpakaian “persetujuan” kepada persatuan. Kanak-kanak yang tidak matang secara fizikal dan psikologi tidak boleh memahami secara betul akibat perkahwinan, dan persetujuan. Mewakili pasangan yang lebih lemah dari segi hubungan kuasa, ramai budak-budak perempuan dengan sedih akan meneruskan untuk kekal di dalam kitaran penderaan rumah tangga dan keganasan seksual.  Litigasi tidak pernah menjadi suatu pilihan kerana tiada pengantin-pengantin perempuan yang mahu melangkah ke hadapan untuk membawa tuntutan terhadap ibubapa-ibubapa atau suami-suami mereka. Maka, kedudukan hak asasi manusia sejagat di dalam perjanjian-perjanjian seperti Konvensyen Hak Kanak-Kanak dan KPDW menyeru untuk pembaharuan umur di dalam undang-undang domestik. Sebagai pihak kepada kedua-dua konvensyen, Malaysia masih belum lagi melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawabnya dalam hal ini dan sedang melanggar. Melainkan Kerajaan dengan ikhlas menguruskan teka-teki semasa mengenai percanggahan-percanggahan umur, penghapusan penyatuan bawah umur akan menjadi suatu perkara yang amat rumit untuk ditangani.

 

* Undang-undang yang dinyatakan adalah setakat 31 Julai 2021