Kajian Kes mengenai Penukaran Agama Kanak-Kanak: Indira Gandhi a/p Mutho lwn Pengarah Jabatan Agama Islam Perak & Yang Lain

Apakah yang berlaku apabila seorang anak ditukar agama oleh salah satu ibubapa tanpa kebenaran ibubapa yang lain? Indira Gandhi a/p Mutho menghadapi kesulitan ini.

Pertikaian undang-undang dan agama

Indira dan Pathmanathan a/l Krishnan telah mengikat satu perkahwinan sivil yang didaftarkan di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (AMU) pada 10 April 1993. Mereka adalah orang beragama Hindu dan mempunyai tiga orang anak. Pada 11 Mac 2009, Pathmanathan telah bertukar agama untuk menjadi seorang beragama Islam. Beliau telah mengambil nama baru: Muhammad Riduan Abdullah. Indira kekal sebagai seorang beragama Hindu. Tanpa pengetahuan beliau, Pathmanathan telah menukar agama anak-anak kepada agama Islam. Indira telah menemui penukaran-penukaran agama sekitar pada April 2009. Jabatan Agama Islam Perak (juga dikenali sebagai JAIPk) dan Pendaftar Muallaf-Muallaf (PMM) telah mendaftarkan anak-anak sebagai orang-orang Islam dan telah mengeluarkan sijil-sijil penukaran agama pada 2 April 2009. Pada masa yang material, anak sulung berumur 12 tahun.

Sebagai seorang Islam, Pathmanathan berupaya untuk memohon kepada mahkamah Syariah atas dasar ex parte untuk hak penjagaan anak-anak secara interim. Indira tidak berupaya untuk menentang permohonan tersebut kerana mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa ke atas orang-orang Islam sahaja. Ia tidak boleh buat sebarang perintah-perintah berkenaan orang-orang bukan Islam, dan justeru Indira dihalang daripada didengar. Mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk meluaskan bidang kuasanya untuk mendengar beliau. Beliau tidak mempunyai kedudukan di hadapan mahkamah tersebut. Pada September 2009, mahkamah Syariah telah memberikan hak penjagaan anak-anak secara kekal kepada Pathmanathan.

Indira telah memfailkan suatu guaman untuk membatalkan sijil-sijil penukaran agama anak-anak kerana ianya telah dikeluarkan bercanggah dengan undang-undang. Mahkamah Tinggi sivil telah membatalkan penukaran-penukaran agama tersebut. Dengan membaca perkara-perkara 8, 12(3) dan 12(4) Perlembagaan Persekutuan secara bersama, hakim memutuskan bahawa kedua-dua bapa dan ibu perlu memberikan kebenaran kepada penukaran agama tersebut. Akan tetapi, Mahkamah Rayuan tidak bersetuju dan telah mengakas keputusan tersebut atas dasar bahawa Mahkamah Tinggi tidak boleh mempersoalkan tindakan-tindakan pihak-pihak berkuasa agama. Sijil-sijil penukaran agama adalah bukti muktamad bahawa penukaran-penukaran agama adalah menurut undang-undang dan sah. Dalam apa jua keadaan, Mahkamah Tinggi tiada kuasa untuk memutuskan berkenaan status orang-orang Islam (dalam kes ini, anak-anak). Hanya Mahkamah Tinggi Syariah berupaya.

Bagaimanakah Mahkamah Persekutuan memutuskan Indira Gandhi a/p Mutho?

Indira telah merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan. Mahkamah tertinggi telah mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa kedua-dua ibubapa – bapa dan ibu – harus memberi kebenaran penukaran agama. Suatu bacaan tujuan perkara-perkara 12(3) dan 12(4) Perlembagaan, bersama Akta Penjagaan Budak 1961 (APB), yang menggalakkan kebajikan anak mengkehendaki agar kedua-dua ibubapa memberikan kebenaran. Kedua-dua mereka mempunyai hak sama rata berkenaan jagaan dan didikan anak. Penukaran agama secara sebelah pihak adalah suatu “perkara yang sangat salah”. Juga, penukaran agama Pathmanathan tidak mengubah kewajipan-kewajipannya di bawah perkahwinan AMU:

[179]  It is clear that in a situation where one party to a civil marriage has converted to Islam, the ex-spouse (ie the converting spouse) remains bound by their legal obligation under the LRA and the application thereof is not excluded by virtue of s 3(3). The same principle can be applied in respect of the operation of the GIA in the present appeals. The children in question are children of the Hindu marriage between the appellant and her husband.       

Apabila agama dan didikan seorang anak adalah menjadi isu, pertimbangan paling utama ialah untuk melindungi kebajikan anak. Penukaran agama tidak boleh dilakukan berdasarkan kepercayaan seorang ibubapa tunggal kerana ia boleh membawa kepada komplikasi-komplikasi praktikal sekiranya berlaku suatu konflik. Atas penukaran agama seorang ibubapa, agama anak tersebut boleh ditukar oleh ibubapa yang lain pada hari berikutnya, dan sebagainya.

Selanjutnya, Mahkamah Persekutuan berpandangan bahawa untuk suatu penukaran agama Islam yang sah, anak tersebut mesti mematuhi seksyen 96(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004. Peruntukan tersebut mengkehendaki anak tersebut, berdasarkan kerelaan hatinya sendiri, untuk “mengucapkan secara munasabah pemahaman dalam bahasa Arab dua kalimah Pengesahan Kepercayaan” memahami bahawa ia bermaksud “‘Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad S.A.W. ialah Pesuruh Allah’”. Ia adalah tidak dipertikaikan bahawa anak-anak Indira tidak mengucapkan kalimah-kalimah tersebut. Malah mereka juga tidak hadir di hadapan PMM. Seksyen 96(1) oleh itu tidak dipenuhi:

[131] … The issuance of the certificates despite the non-fulfilment of the mandatory statutory requirement is an act which the registrar had no power to do under the Enactment. In so doing, the registrar had misconstrued the limits of his power and acted beyond its scope.

Oleh kerana rayuan adalah berkenaan kesahihan tindakan-tindakan pihak-pihak berkuasa agama, mahkamah-mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa untuk menyemaknya. Hal perkara Indira tidak melibatkan “pentafsiran sebarang undang-undang peribadi atau prinsip-prinsip agama Islam”. Bertentangan dengan keputusan Mahkamah Rayuan, mahkamah-mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa yang eksklusif. JAIPk dan PMM telah melanggar undang-undang kerana seksyen 96(1) tidak diikuti, dan hanya satu ibubapa telah memberi kebenaran. Maka, penukaran-penukaran agama adalah tidak sah dan terbatal.

Natijah dan menghormati keinginan anak

Keputusan Mahkamah Persekutuan pada Januari 2018 mengakhiri litigasi yang pahit selama sembilan tahun yang telah menarik perhatian awam dan yang telah menimbulkan banyak kontroversi. Beberapa kumpulan-kumpulan orang beragama Islam telah mengutarakan pandangan-pandangan mereka dalam membela tindakan-tindakan Pathmanathan. Sifat kes yang menimbulkan perbalahan telah mendorong Presiden Mahkamah Rayuan yang terdahulu, seorang beragama Islam, untuk menjelaskan bahawa dalam membuat keputusannya, beliau “tidak terpengaruh” dengan kepercayaan agamanya dan sentimen-sentimen terhadap isu.

Tiga pemerhatian-pemerhatian adalah sesuai pada masa ini. Pertama, sementara Indira telah akhirnya diberikan hak penjagaan anak-anak setelah beliau menceraikan Pathmanathan, Pathmanathan telah enggan menyerahkan anak yang termuda kepada Indira setakat kini. Pathmanathan telah didapati bersalah kerana menghina mahkamah tetapi masih enggan untuk mematuhi dengan perintah hak penjagaan mahkamah sivil. Perihal dimanakah dia tidak diketahui. Situasi ini mendedahkan ketidak berkesanan proses penghakiman dan batasan-batasannya. Kedua, Pathmanathan telah menggunakan status agamaannya dengan mengambil kesempatan terhadap Indira. Indira tidak berupaya untuk hadir di mahkamah-mahkamah Syariah. Pathmanathan telah menyalahgunakan latar belakangnya sebagai seorang beragama Islam bagi mendapatkan suatu perintah untuk hak penjagaan dan menukar agama anak-anak ke dalam agama Islam. Langkah kemudiannya adalah untuk mengambil anak-anak keluar daripada bidang kuasa mahkamah-mahkamah sivil. Ketiga, oleh kerana kes tersebut telah diputuskan daripada sudut pandangan suatu undang-undang pentadbiran, keputusan mercutanda Mahkamah Persekutuan tidak perlu mengambil kira keinginan kanak-kanak dalam pilihan agama mereka dan bagaimana ianya harus, sejauh mungkin, dikendalikan dalam amalan. Kanak-kanak mempunyai hak untuk kebebasan pemikiran, hati nurani dan beragama di bawah artikel 14(1) Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (KHK). Untuk hak tersebut berkesan, kanak-kanak harus, tertakluk kepada keupayaan perkembangan mereka, dirunding untuk pandangan-pandangan mereka didengar. Di sini, undang-undang Malaysia hanya memberikan ibubapa pilihan untuk memutuskan, dan bukan anak. Boleh dihujah, artikel 14(2) KHK membenarkan ibubapa untuk “memberikan arah tuju kepada anak dalam melaksanakan haknya” tetapi tidak pergi lebih jauh. Arah tuju agama adalah dibenarkan, bukan pengasingan atau pengambilan agama. Di mana ia adalah hampir mustahil untuk meninggalkan agama Islam di Malaysia, kepentingan terbaik seorang anak mengarahkan bahawa tiada ibubapa harus menentukan untuk anak berkenaan pertukaran kepada agama Islam. Status quo sewajarnya dikekalkan untuk anak tersebut membuat keputusan secara bebas apabila mencapai umur 18.

 

* Undang-undang yang dinyatakan adalah setakat 4 Julai 2021