Bidang Kuasa Mahkamah-Mahkamah Syariah

Pengenalan

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan Islam sebagai agama negara. Pada masa yang sama, agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan harmoni. Terutamanya, tiada apa-apa dalam perkara 3 yang merendahkan daripada sebarang peruntukan yang lain di dalam Perlembagaan. Perkara 3 adalah tidak diambil bermaksud bahawa undang-undang Malaysia adalah tidak sekular (Che Omar Che Soh). Namun demikian, undang-undang Syariah yang dibuat oleh negeri-negeri boleh mengatur aspek-aspek tertentu kehidupan Muslim. Perkara 74(2) Perlembagaan membenarkan untuk ini. Perkahwinan, perceraian, penjagaan, pengangkatan, amanah, adat Melayu, dan kesalahan-kesalahan Syariah adalah sebilangan perkara-perkara ini. Ia adalah dikendalikan dan ditadbir oleh mahkamah-mahkamah Syariah. 

Melalui suatu pindaan perlembagaan pada Jun 1988, perkara 121(1A) telah diperkenalkan. Ia berhasrat untuk “menghentikan amalan pihak-pihak yang terkilan datang ke Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan Mahkamah Tinggi untuk menyemak keputusan-keputusan yang dibuat oleh mahkamah-mahkamah syariah” (Sukma Darmawan). Kini, mahkamah-mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa ke atas perkara-perkara yang termasuk di bawah bidang kuasa eksklusif mahkamah-makamah Syariah. Namun, pembahagian bidang kuasa antara mahkamah-mahkamah sivil dan Syariah courts' masing-masing di bawah perkara 121(1A) adalah tidak jelas dalam amalan pada tahun-tahun yang awal. Tiada ada kekurangan pertikaian tetapi kebanyakan litigasi adalah berkenaan had kuasa kehakiman mahkamah Syariah.

Pentafsiran perkara 121(1A)

Kuasa kehakiman mahkamah sivil adalah sebahagian struktur asas Perlembagaan, ia tidak boleh dikeluarkan. Tidak seperti mahkamah sivil, mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa kehakiman yang sedia ada. Pihak-pihak tidak boleh melalui persetujuan meluaskan bidang kuasanya. Selanjutnya, Mahkamah Syariah adalah suatu ciptaan statut. Bidang kuasanya tidak boleh tersirat tetapi perlu secara nyata diperuntukan oleh undang-undang. Sebarang pemberian bidang kuasa perlu boleh dirujuk kepada suatu undang-undang atau statut yang tertentu (Latifah Mat Zin). Justeru, ia tidak mempunyai bidang kuasa ke atas orang bukan Islam (Indira Gandhi a/p Mutho) atau suatu syarikat (ZI Publications).

Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa yang eksklusif untuk menentukan sama ada seorang Muslim telah meninggalkan Islam. Mahkamah Sivil tidak boleh mencampur tangan (Lina Joy). Akan tetapi, apabila persoalan ialah sama ada seorang “tidak pernah menjadi seorang Muslim” bukan “tidak lagi seorang Muslim”, bidang kuasa mahkamah sivil adalah tidak disingkirkan. Jenis kes-kes terdahulu yang ab initio tidak merangkumi bidang kuasa mahkamah Syariah (Rosliza Ibrahim). Selanjutnya, mahkamah sivil boleh secara kehakiman menyemak kesahihan tindakan-tindakan pentadbiran pihak berkuasa agama Islam. Sijil-sijil pemelukan ke dalam Islam boleh dibatalkan atas ketidakpatuhan kepada keperluan-keperluan tatacara (Indira Gandhi a/p Mutho). Tetapi sama ada suatu aset spesifik adalah sebahagian pusaka seorang Muslim yang telah meninggal dunia di dalam suatu surat kuasa mentadbir di Mahkamah Tinggi sivil ialah satu persoalan untuk mahkamah Syariah jawab berdasarkan kepada undang-undang Islam (Latifah Mat Zin).

Berkenaan jenayah-jenayah, perundangan negeri tidak boleh membuat undang-undang jenayah ke atas perkara-perkara di bawah Senarai Persekutuan kepada Perlembagaan. Mengambil kira ini, mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa terhadap kesalahan-kesalahan jenayah yang mana Parlimen boleh menggubal walaupun jika ianya adalah bertentangan dengan presepsi Islam. Mahkamah Persekutuan telah membatalkan kesalahan Syariah Selangor berkenaan persetubuhan seksual bertentangan dengan hukum tabii kerana hanya Parlimen boleh menggubal yang sama seperti yang dinyatakan di seksyen 377 dan 377A Kanun Keseksaan (Re IPM).

Kesimpulan

Mahkamah-mahkamah telah menumpahkan begitu banyak dakwat ke atas teka-teki sivil dan Syariah. Seperti yang dibuktikan melalui kes-kes, sejumlah besar penderitaan telah dibebani oleh pihak-pihak litigasi. Sudah tiba masanya Kerajaan membuat perundangan untuk menjelaskan situasi dan mengelakkan pengulangan litigasi. Percubaan-percubaan yang berterusan oleh sesetengah pihak untuk meluaskan dominasi mahkamah-mahkamah Syariah juga telah merunsingkan. Mahkamah-mahkamah Syariah tidak boleh mentafsir Perlembagaan Persekutuan (Latifah Mat Zin). Memandangkan sedemikian tugas utamanya adalah untuk menerapkan undang-undang keagamaan, lebih daripada 60% orang Malaysia (iaitu, orang-orang Muslim) adalah dilucutkan hak daripada menguatkuasakan kebebasan mereka yang dijamin perlembagaan apabila mereka menghadiri di mahkamah-mahkamah Syariah.

 

* Undang-undang yang dinyatakan adalah setakat 5 Januari 2021