Perkara 11: Kebebasan Beragama dan Batasan-Batasannya di Malaysia

Pengenalan

Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia menjamin hak tiap-tiap orang untuk menganuti dan mengamalkan agamanya, dan tertakluk kepada sekatan-sekatan tertentu, untuk  mengembangkannya. Hak tersebut diperluaskan kepada warganegara bukan Malaysia (Maqsood Ahmad).Undang-undang persekutuan dan negeri boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam. Tiada seorang pun boleh dipaksa untuk membayar apa-apa cukai yang hasilnya diperuntukan khas bagi maksud suatu agama selain agamanya sendiri. Tiap-tiap kumpulan agama berhak untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri, menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat, dan memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang. Hak untuk kebebasan beragama bagaimanapun tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.

Dalam amalan, serangan telah dibuat melalui pentafsiran-pentafsiran undang-undang dan kehakiman untuk menghadkan skop hak tersebut. Sementara Perlembagaan Malaysia dikatakan sebagai sekular, beberapa undang-undang peribadi terpakai hanya kepada orang beragama Islam adalah ditadbir oleh undang-undang Syariah dan mahkamah-mahkamahnya (Che Omar Che Soh). Sebahagian besar pertikaian-pertikaian undang-undang telah timbul dari persilangan antara undang-undang sivil dan Syariah.

Penganutan

Untuk menganuti suatu agama bermaksud “untuk mengesahkan, atau mengisytiharkan kepercayaan seseorang dalam atau setia kepada (satu agama, prinsip, Tuhan atau Santo sebagainya)” (Re Mohamed Said Nabi). Seseorang mempunyai hak untuk memilih agamanya jika ia dilakukan atas kerelaannya sendiri (Re Susie Teoh). Berbeza daripada artikel 18 Konvensyen Antarabangsa Mengenai Hak-Hak Sivil dan Politik (ICCPR), artikel 11(1) tidak merangkumi perlindungan keperlembagaan “pemikiran” dan “hati nurani”. Artikel 18 meliputi kepercayaan kepada keesahan tuhan, bukan keesahan kepada tuhan dan ketidakpercayaan berkenaan kewujudan tuhan, begitu juga hak untuk tidak menganuti apa-apa agama atau kepercayaan. Forum internum pemikiran dan hati nurani adalah lebih luas daripada agama. Ia adalah tidak jelas jika artikel 11 boleh dibaca secara meluas.

Bagi orang-orang beragama Islam, kebebasan untuk menganuti suatu agama melalui pilihan adalah disekat dalam batasan. Menolak atau keluar agama Islam untuk memeluk agama yang lain adalah bukan sebahagian daripada penganutan suatu agama, dan artikel 11 tidak boleh dibangkitkan sebagai sokongan (Daud Mamat). Orang-orang beragama Islam yang berhasrat untuk meninggalkan agama harus mengikuti prosedur-prosedur dalam undang-undang Syariah dan mendapatkan kebenaran daripada mahkamah Syariah (Soon Singh; Lina Joy). Murtad boleh dihukum sebagai suatu jenayah di beberapa negeri-negeri. Namun demikian, apabila seorang tidak lahir sebagai seorang beragama Islam dan seterusnya ditukar agama oleh ibubapanya kepada agama Islam, mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa untuk mengiktiraf pilihan agama individu tersebut (Azmi Mohamad Azam @ Roneey). Mahkamah sivil pernah juga membatalkan penukaran agama kepada agama Islam secara sepihak oleh satu pasangan dan dokumen-dokumen penukaran agama yang dikeluarkan oleh pihak-pihak berkuasa Islam negeri (Indira Gandhi).

Amalan

Hanya amalan-amalan yang “sebahagian” daripada suatu agama adalah dilindungi di bawah artikel 11(1). Perlanggaran kerajaan mengenai pengamalan terhadap pemakaian, pemakanan, upacara-upacara dan kaedah pemujaan, jika ia membentuk sebahagian daripada suatu agama, adalah boleh diambil tindakan. Terdapat keterangan yang tidak mencukupi sama ada pemakaian suatu serban (ke sekolah) membentuk suatu yang sebahagian agama Islam (Fatimah Sihi). Pertimbangan-pertimbangan ketenteraman awam tampil apabila hadir amalan-amalan keagamaan yang tidak penting seperti pemakaian suatu purdah (Hjh Halimatussaadiah Hj Kamaruddin). Sesuatu yang seolah-olah dibenarkan dalam agama seperti poligami boleh disekat dengan syarat-syarat (Zakaria Abdul Rahman).

Penyebaran

Rasional untuk mengawal penyebaran dalam artikel 11(4) adalah untuk “melindungi agama Islam daripada terdedah kepada pengaruh-pengaruh berkenaan prinsip-prinsip, persepsi-persepsi dan amalan-amalan agama-agama lain atau malah sesetengah aliran-aliran pemikiran dalam agama Islam itu sendiri” (Mamat Daud). Sebagai contoh, orang-orang Ahmadi tidak diiktiraf sebagai orang-orang beragama Islam. Mereka tidak boleh menyatakan kepercayaan mereka dengan berkongsi ajaran-ajaran keagamaan dengan orang-orang beragama Islam yang lain atau berjemaah dan bersembahyang bersama mereka. Mereka juga adalah tidak boleh ditabdir oleh agensi-agensi penguatkuasaan negeri-negeri Islam (Maqsood Ahmad). Perbuatan-perbuatan berdakwa adalah sebahagian hak untuk mengamalkan agama seseorang di bawah artikel 11. Melaluinya, penyebaran suatu agama di kalangan orang-orang beragama Islam adalah tidak dianggap sebagai suatu ancaman kepada keselamatan negara yang mewajarkan penggunaan penahanan pencegahan (Jamaluddin Othman). penyebaran sedemikian telah dijadikan suatu jenayah di kebanyakan negeri-negeri yang boleh dihukum dengan denda dan pemenjaraan. Untuk melindungi integriti agama Islam, cendikiawan-cendikiawan adalah dikehendaki mendapatkan suatu permit untuk berdakwah kepada orang-orang beragama Islam (Fathul Bari Mat Jahya)

Kesimpulan

Terdapat satu jalan yang panjang di hadapan bagi hak untuk kebebasan beragama di Malaysia menyelaraskan dirinya bersama norma-norma hak asasi antarabangsa. Kebanyakan akan tertakluk atas kesediaan politik pemimpin-pemimpin negara dan arahan-arahan masyarakat untuk menentukan arah tuju yang kita ingin mengikuti

 

* Undang-undang yang dinyatakan adalah setakat 21 Februari 2021