Hak-Hak Litigasi di Mahkamah: Alasan-Alasan untuk Menyemak, Remedi-Remedi dan Prosedur

Apabila Kerajaan Malaysia meluluskan satu undang-undang yang tidak selaras dengan hak-hak asasi yang dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan atau bertindak dengan satu cara yang mencabul hak-hak tersebut, apakah remedi-remedi kita? Bagaimanakah seorang pihak yang terkilan mencabar undang-undang atau bertindak di mahkamah? Mengapakah mahkamah-mahkamah membatalkan suatu peruntukan yang menyekat pelajar-pelajar universiti daripada meluahkan sokongan kepada parti-parti politik (Muhammad Hilman Idham) atau mengisytiharkan satu hukuman jenayah untuk perhimpunan aman sebagai melanggar hak untuk kebebasan berhimpun di bawah perkara 10 Perlembagaan (Nik Nazmi Nik Ahmad)? Di bawah kuasa apakah Mahkamah Tinggi telah mengisytiharkan bahawa keputusan untuk melucutkan seorang wanita yang mengandung dari suatu kerja mengajar sebagai tidak berperlembagaan (Noorfadilla Ahmad Saikin)?

Pembatalan undang-undang

Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang utama tanah, dan apa-apa undang-undang yang tidak selaras dengannya boleh dibatalkan dan diisytiharkan tidak sah di bawah perkara 4(1). Untuk menjadi “ketidakselarasan” dengan Perlembagaan memerlukan undang-undang yang dipertikaikan tersebut daripada tidak selaras dengan apa-apa peruntukan Perlembagaan yang berhubung dengan skim perundangan undang-undang tersebut (Maria Chin Abdullah).

Mahkamah adalah penjaga hak-hak dan kebebasan-kebebasan. Walaupun Perlembagaan membenarkan Parlimen untuk menyekat hak-hak, mahkamah harus memastikan bahawa sebarang sekatan-sekatan tidak terjumlah kepada suatu larangan penuh hak-hak tersebut yang membatalkan atau menjadikannya tanpa makna (Cheah Beng Poh). Apabila suatu statut dikatakan mencabul satu hak asasi, mahkamah harus bertanya sama ada undang-undang tersebut secara langsung menjejaskan hak tersebut atau kesan atau akibat yang tidak boleh dielak adalah sedemikian untuk menjadikan pelaksanaannya tidak berkesan atau khayalan (Nordin Salleh). Akan tetapi, tiada cabaran undang-undang boleh dibuat kepada kesahihan persoalan undang-undang atas alasan bahawa ia mengenakan sekatan-sekatan atas hak-hak yang tidak dianggap perlu atau wajar oleh Parlimen. Walaupun begitu, ia “tidak menghalang mahkamah daripada mempersoalkan sama ada undang-undang sedemikian, walaupun dianggap perlu atau wajar oleh Parlimen, mempunyai tujuan untuk mengenakan sekatan-sekatan sedemikian yang mana salah dari segi undang-undang, dalam erti kata menjadi tidak munasabah dalam pengertian suatu keperlembagaan” (Nik Nazmi Nik Ahmad). Ini bermakna bahawa undang-undang yang menyekat hak-hak boleh diuji atas kemunasabahannya.

Mahkamah pernah, dalam beberapa kes, mengunakan ujian “kemunasabahan”. Selaras dengan itu, ia adalah munasabah untuk Akta Profesyen Undang-Undang 1976 menghalang ahli-ahli Parlimen daripada berkhidmat dengan Majlis Peguam (Sivarasa Rasiah). Akta Pertubuhan 1966, membenarkan Pendaftar Pertubuhan (PP) untuk mengenakan syarat-syarat sebelum pendaftaran suatu pertubuhan, juga diputuskan sebagai munasabah (Dr Mohd Nasir Hashim). Sebaliknya, Mahkamah Rayuan berpendapat bahawa menjadikan perhimpunan-perhimpunan aman sebagai jenayah semata-mata atas kegagalan untuk mematuhi dengan suatu keperluan pentadbiran adalah tidak munasabah (Nik Nazmi Nik Ahmad). Ia juga adalah “tidak masuk akal” bahawa pelajar-pelajar universiti tidak dapat meluahkan pandangan-pandangan politik mereka di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Muhammad Hilman Idham). Apabila sekatan-sekatan tersebut adalah munasabah, undang-undang yang dipertikaikan adalah disahkan. Apabila ianya adalah tidak munasabah, peruntukan-peruntukan tertentu yang dicabar adalah dibatalkan.

Malangnya, Mahkamah Persekutuan di dalam Azmi Sharom tidak meluluskan ujian kemunasabahan pada tahun 2015 tetapi mengesahkan ujian perkadaran yang dijelaskan di dalam Dr Mohd Nasir Hashim. Undang-undang yang menyekat hak-hak perlu memenuhi tiga kriteria: (a) objektif perundangan yang dipertikaikan adalah cukup penting untuk menjustifikasikan pembatasan hak, (b) undang-undang tersebut adalah secara rasional berkaitan dengan objektif tersebut dan (c) sebagai cara untuk melemahkan hak adalah tidak lebih daripada perlu untuk mencapai objektif tersebut. Mengaplikasikan perkadaran memberikan hakim dengan suatu margin penghargaan yang secara objektif berbeza-beza mengikut kepada keadaan-keadaan fakta yang dibentangkan. Undang-undang yang dipertikaikan adalah dihakimi berdasarkan latar belakang keadaan. Ia kekal untuk dilihat bagaimana mahkamah-mahkamah akan mentafsirkan dan mengaplikasikan ujian perkadaran dalam cabaran-cabaran undang-undang keperlembagaan yang akan datang.

Pembatalan tindakan

Tindakan pihak-pihak berkuasa boleh dicabar atas ketidakselarasan perlembagaan. Dalam menguji kesahihan tindakan negeri berkenaan hak-hak asasi, persoalan yang perlu ditanya adalah ini: Adakah kesan dan akibat daripada tindakan yang tidak boleh dielakkan ke atas hak-hak menjadikan pelaksanaannya tidak berkesan atau khayalan? Pihak-pihak berkuasa perlu bertindak secara adil kedua-dua dari segi prosedur dan inti pati. Apabila tindakan undang-undang diambil mendakwa perlanggaran hak-hak asasi, perkara 8(1) Perlembagaan adalah digunakan:

[19] … When resolving the issue, the court should not limit itself within traditional and narrow doctrinaire limits. Instead it should, subject to the qualification that will be made in a moment, ask itself the question: is the state action alleged to violate a fundamental right procedurally and substantively fair. The violation of a fundamental right where it occurs in consequence of executive or administrative action must not only be in consequence of a fair procedure but should also in substance be fair, that is to say, it must meet the test of proportionality housed in the second, that is to say, the equal protection limb of art 8(1). 

Di dalam Dr Mohd Nasir Hashim, dasar jabatan PP yang menghendaki suatu jawatankuasa parti politik untuk mempunyai wakil-wakil daripada sekurang-kurangnya tujuh negeri-negeri di Malaysia bukan merupakan permintaan yang tidak adil. Mahkmah Tinggi memutuskan secara berbeza di dalam Noorfadilla Ahmad Saikin di mana ia mengisytiharkan bahawa suatu pembatalan penempatan guru Noorfadilla oleh jabatan pelajaran negeri, kerana beliau mengandung, terjumlah kepada diskriminasi jantina. Negeri telah bertindak secara tidak selaras dengan hak Noorfadilla untuk tidak didiskriminasi di bawah perkara 8(2) Perlembagaan. Noorfadilla adalah bermakna untuk sebab yang satu lagi: Ia adalah pertama kali suatu mahkamah Malaysia memakai suatu perjanjian hak asasi antarabangsa, Konyensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita untuk mentafsirkan Perlembagaan. Hakim menyatakan seperti berikut:

[20] As has been stated earlier, the word 'gender' was incorporated into art 8(2) of the Federal Constitution in order to comply with Malaysia's obligation under the CEDAW. It is to reflect the view that women are not discriminated. Article 1 of CEDAW defines 'discrimination against women' as any distinction, exclusion or restriction made on the basis of sex which has the effect or purpose of impairing or nullifying the recognition, enjoyment or exercise by women, irrespective of their marital status, on a basis of equality of men and women, of human rights and fundamental freedoms in the political, economic, social, cultural, civil or any other field.

         …

[28]  To me, in interpreting art 8(2) of the Federal Constitution, it is the court's duty to take into account the government commitment and obligation at international level especially under an international convention, like CEDAW, to which Malaysia is a party. The court has no choice but to refer to CEDAW in clarifying the term 'equality' and gender discrimination under art 8(2) of the Federal Constitution.

Remedi-remedi dan prosedur-prosedur

Mahkamah sivil mempunyai suatu kuasa yang lebih luas dalam pelupusannya. Ia boleh mengeluarkan perintah-perintah yang sewajarnya dan memberikan relif yang sewajarnya yang berpatutan sesuai untuk hal keadaan-keadaan tertentu setiap kes. Remedi-remedi boleh dibentuk untuk menjustifikasikan pemegang-pemengang hak dan memberikan keadilan (Sivarasa Rasiah). Perenggan 1 Jadual kepada Akta Mahkamah Kehakiman 1964 secara nyata mewajibkan Mahkamah Tinggi untuk melindungi hak-hak asasi dan telah melengkapkannya dengan alat yang perlu untuk berbuat sedemikian:

1. Writ prerogatif.

Kuasa untuk mengeluarkan arahan, perintah atau writ, termasuklah writ yang bersifat habeas corpus, mandamus, larangan, quo warranto dan certiorari, atau mana-mana yang lain, kepada mana-mana orang atau pihak berkuasa bagi menguatkuasakan hak yang diberikan oleh Bahagian II Perlembagaan, atau mana-mana daripadanya, atau bagi apa-apa maksud.

Orang-orang yang memohon untuk memanfaatkan diri mereka berkenaan relif-relif ini perlu memfailkan prosiding-prosiding “semakan kehakiman” di Mahkamah Tinggi menurut Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Semakan Kehakiman ialah satu proses untuk mahkamah menjalankan kawalan ke atas pihak-pihak berkuasa awam (Ahmad Jefri Mohd Jahri). Sama ada pentadbiran, perundangan, atau separa kehakiman, tiada kuasa yang boleh melebihi kuasa-kuasanya dan apa-apa perlakuan atau tindakan yang diambil melebihi kuasa-kuasa adalah tidak sah. Hanya orang-orang “terkilan secara teruk” dengan keputusan, tindakan atau peninggalan oleh pihak-pihak berkuasa boleh memfailkan tindakan. Ia harus difailkan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh bila alasan bagi permohonan itu berbangkit atau bila keputusan yang dipertikaikan diberitahu.

Semakan kehakiman ialah suatu kaedah biasa yang diambil oleh pemegang-pemegang hak untuk mencabar undang-undang atau tindakan-tindakan yang tidak selaras dengan hak-hak. Ia merangkumi dua peringkat. Pada peringkat yang pertama, Mahkamah Tinggi harus berpuas hati bahawa tindakan adalah tidak remeh, menyusahkan, suatu penyalahgunaan proses atau akan gagal. Selepas kebenaran diberikan, prosiding-prosiding beralih ke peringkat kedua, di mana pihak-pihak didengar atas merit-merit kes. Pemohon harus menunjukkan sama ada undang-undang yang dipertikaikan adalah tidak selaras dengan Perlembagaan atau bahawa keputusan, tindakan atau peninggalan pihak-pihak berkuasa yang dicabar adalah tidak sah, tidak munasabah, tidak rasional atau tidak seimbang. Tambahan kepada relif-relif di perenggan 1, perintah-perintah perisytiharan, injunksi-injunksi, dan pampasan kewangan juga boleh diberikan. Jika Mahkamah Tinggi menemui bahawa undang-undang yang dipertikaikan adalah tidak berperlembagaan, ia akan mengisytiharkannya tidak sah. Pemohon-pemohon di dalam Sivarasa Rasiah dan Dr Mohd Nasir Hashim telah melitigasikan kes-kes mereka melalui prosiding-prosiding semakan kehakiman.

Prosedur “saman pemula” ialah satu lagi kaedah untuk memulakan prosiding-prosiding untuk mencabar undang-undang atau tindakan yang tidak selaras dengan Perlembagaan. Ia digunakan apabila isu persoalan utama berkaitan pentafsiran undang-undang bertulis, dan fakta-fakta yang tidak berkemungkinan dalam pertikaian.  Remedi-remedi perisytiharan adalah dipohon melalui prosedur ini berkenaan keperlembagaan suatu peruntukan undang-undang (Muhammad Hilman Idham), dan status undang-undang berkenaan seorang wanita yang mengandung (Noorfadilla Ahmad Saikin), seorang Ahli Dewan Undangan Negeri yang telah digantung (Dr Zambry Abd Kadir) dan seorang Pesuruhjaya Kehakiman (Badan Peguam Malaysia).

Di dalam kes-kes jenayah, tertuduh boleh memohon untuk mencabar undang-undang yang digunakan untuk mendakwanya atas alasan bahawa ia adalah tidak berperlembagaan. Permohonan adalah difailkan di Mahkamah Tinggi tanpa mengambil suatu guaman sivil yang berasingan (Mat Shuhaimi Shafiei). Ini telah dibuat dalam Nik Nazmi Nik Ahmad. Secara alternatif, suatu rujukan perlembagaan boleh dibuat ke Mahkamah Persekutuan (melalui Mahkamah Tinggi) untuk suatu keputusan. Azmi Sharom, suatu kes di mana tertuduh telah mencabar keperlembagaan Akta Hasutan 1948, menggunakan jalan ini.

Setakat ini, perbincangan telah dibuat dalam konteks cabaran-cabaran berkenaan "ketidakselarasan”, iaitu, di mana undang-undang atau tindakan adalah didakwa tidak selaras dengan Perlembagaan. Di dalam kes-kes ini, Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk mendengarnya. Akan tetapi, apabila undang-undang persekutuan atau negeri dicabar kerana Parlimen atau Dewan Undangan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang tersebut, hanya Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa (Iki Putra Mubarrak; Ah Thian; Abdul Kahar Ahmad dibincangkan disini).

 

* Undang-undang yang dinyatakan adalah setakat 5 Julai 2021